Friday, April 22, 2011

Khasiat Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg


Khasiat Kismis:

* Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
* Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
* Melawaskan pembuangan air besar.
* Melindungi hati.
* Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
* Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Ginkgo biloba

Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes, bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut, gayat dan seumpamanya)


Antara tiga kesan utamanya adalah


* Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat

* Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas

* Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.

Khasiat Gingko Biloba

Dalam perubatan China, biji Gingko biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.

Daun dan biji Gingko biloba

Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.

Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.

Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.

Minyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda.

Thursday, April 21, 2011

Fakta Tentang Perubatan Homeopati

Fakta Tentang Perubatan Homeopati

Ubat:

* Ubat dari bahan semulajadi, lebih dikenali sebagai ubat organik [ tidak racun , tidak kimia]
* Ubat homeopati lembut dan perasa manis laktos, bukan gula
* Ubat homeopati tulin tidak ada kesan sampingan, tidak ada racun berjadual
* Ubat hendaklah mestilah dapat terus dari doktor atau kelinik hoemopati
* Biasanya doktor homeopati akan memberi satu atau dua ubat dalam bentuk drops untuk bayi, globule atau tablet untuk orang dewasa
* Jangan makan ubat homeopati bersama teh atau kopi [ jarakkan satu atau dua jam sebelum atau selepas makan]

Pengamal / Doktor Homeopati

* Pengamal hendaklah ada tauliah dan ada kelinik homeopati
* Carilah pengamal homeopati berpengalaman dan berwibawa

Pesakit Homeopati

* Hendaklah patuh pada arahan doktor dan makan ubat mengikut arahan
* Rawatan homeopati bukan untuk menahan sakit, tapi untuk menyembuhkan
* Biasanya rawatan akan selesai dalam beberapa sessi rawatan, bukan hanya sekali rawat.
* Hendaklah bersabar bila mendapat rawatan homeopati
* Ubat homeopati tidak mahal, biasanya dalam lingkungan RM 35 - RM 50 untuk satu minggu ubat [ kecuali ambil ubat untuk 1 tahun]
* Ubat homeopati melebihi RM 1 ribu, bukan lagi cara rawatan homeopati

Jika Aggravate / Melarat

* bagi tahu doktor yang sama, minta ditukar ubat atau berhenti ubat

6 Ubat Best Seller Untuk Bulan Ini

* Ubat Senang Bersalin @ Ubat Selusoh
* Ubat cergas Minda - Anak-Anak Pintar
* Ubat senang Bersalin
* Ubat lepas Bersalin
* Ubat Kuat Lelaki - Tambah Tenaga Lelaki
* Ubat Suami Sayang - Tambah Tenaga Wanita

Semua ubat ini boleh didapati dan hanya akan dijual atas arahan doktor di kelinik Homeopathy Dr Nik Omar sahaja.

Apakah yang dapat di Rawat Oleh Homeopati

Rawatan Homeopati amat bagus diguanakn untuk merawat sebarang penyakit bayi saperti penyakit kuning bayi [ jaundice], bayi selalu menangis, kembong perut, dsb atau penyakit kanak-kanak saperti kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar [ hydrocephalus], cerebral palsy, sakit perempuan saperti haid tidak teratur, senguggut, endometrosis, haid berpanjangan, kemandulan lelaki atau wanita, selalu keguguran, infertility, batu karang, batu dihempedu, sakit sendi tulang, hepatitis, gout, arthritis, migraine, gastrik, resdung, keloid, ketuat, herpes, STD atau VD, creatine tinggi [buah pinggang], prostat, strok, bell palsy [hiruk muka] atau facial paralysis, sebarang ketumbuhan dan lain-lain

Apakah Homeopati dan Akupunktur Sama

Homeopati dan akupunktur tidak sama. Kedua-duanya adalah dalam kategori perubatan TCM atau Alternatif dan saling membantu antara satu sama lain. Homeopati berasal dari Barat iaitu Germany dan menggunakan ubat-ubat sebagai alat penyembuhan. Sementara akupunktur adalah dari Timur iaitu China, ia menggunakan 'jarum akupunktur' dan diletakkan pada titik-titik akupunktur point dari meridian yang ditetapkan untuk menghilangkan kesakitan secara rangsangan endrofin pada otak [ pain relif without drugs].

Apakah Pendulum atau Radthesia Itu Homeopati

Perawatan menggunakan pendulum atau radthesia bukan homeopati. Begitu juga Quantum Touch, Spa, Aromatherapy, Reflexology, Bekam, Color Vibration, Amalan Doa atau Air jampi dan lain-lain. Semua itu bukan homeopati, tetapi ditakrifkan sebagai Perubatan Alternatif atau Perubatan Komplementari. Tidak menjadi kesalahan untuk mengabungkan teknik-teknik ini untuk merawat pesakit. Dalam Organon of Medicine, Prof Samuel Hahnemann menyatakan dalam Para 1: " The Highest Mission of A Physician is To Cure " dalam Para 285 hingga 291 Hahnemann menceritakan kebaikan menggunakan berbagai peruabatan alternatif saperti mandi wap, kegunaan elektrik, galvanism, bahan magnet dari bahan galian dan juga haiwan, mesmerism, urutan dan sebagainya.

Kesimpulannya: Kegunaan apa sahaja perubatan altenatif atau pelengkap bersama atau seiring dengan homeopati dibolehkan , asalkan tidak bertentangan terus dengan homeopati. Amalan yang bertentangan terus dengan homeopati saperti ' diberi atau dimakan ubat allopati, drugs atau herbal-herbal yang kuat bersama homeopati' jelas bertentangan dengan konsep homeopati.

Apa Itu Homeopathy?

Apa Itu Homeopathy?

Terdapat bermacam jenis sistem perubatan di dunia ini . Namun hakikatnya adalah satu iaitu untuk menyembuhkan penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut yang telah ditentukan Tuhan.

Sistem Perubatan di dunia ini umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan.

Berlandaskan saintifik yang dihasilkan dari penyelidikan .

Berlandaskan tradisi dan pengamatan pengalaman lalu.

Berlandaskan serapah jampi .Ini terbahagi kepada dua, pertama mengikut syariat Islam ,dan kedua dilakukan secara pemujaan.

Salah satu sistem rawatan perubatan alternatif, yang berlandaskan saintifik adalah Rawatan Homeopathy.

Homeopathy berasal dari perkataan Yunani (Greek) iaitu homoios dan pathos. Makna dalam bahasa Latin iaitu serupa dan penyakit .Sementara di dalam bahasa Inggeris, dieja sebagai Homoeopathy. Homeo ertinya seperti, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit,

Maksud Homeopathy sebenarnya ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat pesakit dengan mengunakan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan atau simpton pesakit. Di dalam bahasa Melayu diteja sebagai Homeopati .Disini saya menggunakan perkataan Homoeopathy kerana ejaan ini agak universal.

Homeopathy merupakan satu sistem perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh dengan bermotifkan kaedah Serupa iaitu mengubati pesakit dengan ubat yang serupa semboyan atau simpton pesakit itu.Dengan kata lain , bila sesuatu ubat digunakan kepada orang yang sihat ia akan menyebabkan beberapa jenis sakit dan penyakit , maka ubat yang demikian itu akan digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa .” Kaedah ini dikenali sebagai Law of Similars bermaksud Hukum Keserupaan atau Undang-undang Seraksi

Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin sebagai: “Similia- Similibus-Curentur “. Ertinya: ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan atau dalam bahasa Inggeris sebagai “ Like cures like “ bererti (Penawar) yang serupa menyembuhkan (penyakit yang mempunyai simptom sakit) yang serupa.Kaedah Similimum diertikan keserupaan atau “serupa dalam hampir setiap aspek digunakan .

info_________________________________________________________________________

“Hahnemann called his new medicine homoeopathy, a word taken from Greek homeos meaning ‘similar’, and pathos meaning ‘suffering’. Thus, homoeopathy means ‘to treat with something that produces an effect similar to the suffering’. (Vithoulkas, G., Medicine of the New Man, 1989: ms.16)

Selamat Datang

Blog ini akan menampilkan produk-produk keluaran islam yang berasaskan homopathy....